Sunday, January 4, 2009

Akhir Zaman (Fitan)

AKHIR ZAMAN (FITAN)

Assalamualaikum wbr....bertemu kita kembali pada kali ini dengan tajuk yang telah aku nyatakan pada coretan yang lepas dimana kali ini aku cuba mencari pembaharuan dengan tajuk yang lebih menarik kepada isu-isu semasa yang berkaitan dengan agama, sosial dan politik yang melanda dunia hari ini. Aku bukan seorang cerdik pandai yang mempunyai ilmu yang menggunung tetapi orang biasa yang cuba mengubah cara hidup yang penuh kealpaan lupa akan nikmat-nikmat yang telah di anugerahkan oleh pencipta (Allah) kepada kita semua. Aku boleh dikatakan seorang yang selalu lalai lupa pada erti kehidupan yang sebenar yang diredhai oleh Allah. Dalam coretan ini dengan harapan yang tinggi agar aku dan saudara-saudaraku yang dikasihi (pembaca-pembaca blog ini) kita sama-sama dapat renungkan kita ini berada didalam golongan yang dirahmati atau sebaliknya. Semua isi kandungan dalam tajuk ini aku ambil dari pengalaman, bahan-bahan bacaan, sumber-sumber yang boleh dipercayai dan dari pendengaranku ceramah-ceramah agama oleh guru-guru mursyik salah sorang darinya iaitu Tuan Guru haji Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang pendakwah yang cukup sederhana dan dihormati di Kelantan.

Saudara-saudaraku sekalian, banyak sumber2 yang menyatakan bahawa kita sekarang berada dalam zaman fitan atau akhir zaman.Terdapat banyak fakta2 yang memang tidak boleh dipertikaikan lagi seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah(s.a.w). Kita semua sering mendengar atau bercakap pasal akhir zaman tapi sedarkah kita bilakah masa tu 100 tahun lagi ke? atau 1000 tahun lagi..Sekiranya kita mendengar ulama-ulama kita memberi khabar sumber2 dari hadis2 nabi maka jelas lah bahawa zaman fitan atau akhir zaman itu adalah zaman yang sedang kita lalui sekarang ini. Saudara2ku kalau kita lihat disekeliling kita hari ini banyak perkara2 yang mengaibkan tetapi dianggap up to date bagi sesetengah golongan yang tak waras. Mari kita lihat sesetengah darinya iaiatu:

Golongan Lelaki

Lelaki sekarang dah canggih,selera dah berubah, kalau ikut teradisi hukum alam yang sebenar allah jadikan lelaki itu untuk kaum wanita (hawa) dan wanita itu untuk menjadi teman bagi kaum lelaki (adam). Tapi itu sudah berubah dan menjadi sebaliknya. Kalau dulu bila nak gambarkan kaum lelaki ni kita akan gambarkan yang berbadan tegap, gagah dan kuat, tapi sekarang alahai dengan lemah lembutnya, sopan berbudi dan tutur kata yang menggoda mengalahkan kaum hawa. Kalau di sentuh soal ini jawapanya bukan kami yang minta tapi dah takdir tuhan nak kami jadi macam ni..Takdir tuhan yang di persalahkan bukan nafsu serta kejahilan mereka yang mereka salahkan. Inilah manusia sekarang manusia akhir zaman di mana mereka tanpa iman dan agama akan kembali ke zaman jahiliah di mana mereka akan bertuhankan kepada nafsu bukan kepada allah. Jadi kita tunggu dan lihat balasan azab yang bakal allah turunkan kepada kita semua. Marilah kita sama2 memohon perlindungan dari allah yang maha esa.

Aku kena cabul Part II

AKU DI CABUL PART II
Katanya dia sampai sekarang belum pernah tidur dengan mana-mana lelaki, aku cuba menduga apa benar kata-kata dia itu dengan alasan aku tak mempercayai dengan apa yang dia cakapkan, dia berkata “memang lu orang tak percaya punya tetapi saya ada tengok itu orang kongkek tapi dalam VCD saje”. Dalam masa kami tengah rancak berborak tangan dia diletakan atas peha aku “hiss biar betul perempuan ni apahal dia buat macam ni” hati aku berbisik dan aku membiarkan sahaja mungkin dia ni terlalu friendly kot. Lama kelamaan aku rasa dia macam kegelisahan macam ada yang tak kena. Dia cakap aku dia sekarang tinggal sorang diri dirumahnya dan kalau aku tak kisah aku boleh lepak dengan dia lagipun dia punya family tak kisah dia bawa boyfriend balik rumah janji dia bahagia tak kaya tak apa janji lelaki tu baik hati dan boleh jaga dia. Dalam dia tengah dok bercerita tangan dia semakin galak dan berlebih-lebih pula sampai kekawasan larangan, aku cakap “apa ni auntie jangan buat ini macam nanti orang tengok apa macam malu la saya” dia cakap dalam bahasa cina “ koi koi #@%^$%?”:K:(*&%^” aku tak faham apa benda pun dia cakap, dia lagi teruskan dengan lebih aggresif sampai minah yang memandu sebelah aku perasan dan dia hanya tersenyum bila melihat gelagak perempuan tu dengan aku. Muka aku masa tu aduhai dengan tembok LRT sebelah tu aku rasa muka aku lagi tebal sioot... Tangan kanan tutup muka tangan kiri pula pegang stering. tepis tangan dia dan untuk tukar gear..Dia tak peduli apa aku cakap malu orang tengok ke atau pun nanti polis tengok kena tangkap atau saman ke dia cakap mana ada tak mengapa dia tetap nak aku buka zip seluar aku..aku kata jangan auntie jangan dia dengan bahasa cina dia merayu-rayu dengan suara perempuan yang mengada-ngada..Aku rasa orang keliling dah perasan apa yang sedang berlaku dalam teksi aku, jadi aku dah hilang sabar aku cakap aku tak boleh nak hantar dia sampai SS/4 aku kena turunkan dia disini aje dengan alasan aku tak tau jalan dan jalan pada masa tu jalan tengah sesak jadi alasan aku tu kira munasabah le..Masa tu aku dah tak sanggup nak menatap muka dia sebab mood aku dah berubah dari mesra alam tukar ke mood yang dah tak mesra lagi..tapi dalam masa tu tangan dia masih lagi meramas-ramas aku punya anu tu..aku tepis lagi tangan dia tiba-tiba aku dengar dia cakap “hei tengok sini saya punya cantik..saya punya cantik”..aku rasa tak sedap hati bila aku toleh kepada dia “mpergh” rupa-rupanya dia londeh kan bajunya maka kedua-dua buah papayanya yang putih, gebu dan pejal dah berada diluar pagar..barulah ku tahu rupa-rupanya yang sebelah aku tu rupanya perempuan terencat akal(gila)...aku terus ketepi dan dengan segala hormatnya dia aku usir keluar..masa tu aku dah tak terasa berada di jalan hang tuah lagi kerana aku dah tak nampak orang ramai yang ada disekeliling aku.. cuma yang aku nampak masa tu hanyalah ah so gila tu aje..oarang lain semua dah hilang dari pandangan aku..Mungkin terlalu marah bercampur malu yang teramat aku hanya nampak dia seorang saje...lepas dia dah aku halau keluar rupa-rupanya dia berlalu bersama-sama dengan handphone aku sekali..inilah yang dikatakan gila bukan sebarang gila..tetapi ini gila educated sebab dalam gila dia tahu market value, lepas tu bila aku call pandai pula dia off kan aku punya handphone..


Inilah kisah hidup aku sebagai pemandu teksi, ada pahit ada manis..dengan apa yang aku lalui itu kekadang rasa nak tergelak, rasa nak marah, rasa macam bodoh juga aku ni..macam-macam rasa ada..Itulah kita bila hidup dikota yang besar sentiasa lah berhati-hati jangan senang percayakan pada orang yang kita tidak kenali malah orang yang rapat dengan kita pun kadang-kadang ada juga yang kenakan kita..Ini sahaja yang dapat ku kongsikan pengalaman hidup aku untuk kali ini. Mana ada kekurangan tu aku mohon maaf le dan aku akan cuba dengan sebaik yang boleh insyaallah dengan izin dia.
Dalam penggunaan bahasa kadang-kadang aku pakai hantam saje takda tapis-tapis sebab bila kau orang baca blogg aku takda la boring sesangat.


Sedikit lagi sebelum aku mengundurkan diri untuk pengetahuan kau orang semua topik-topik yang bakal aku kongsikan bersama kalian semua dalam penulisan akan datang adalah akan menyentuh tentang perihal-perihal DUNIA AKHIR ZAMAN dimana aku menulis tentang apa yang pernah aku baca dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..aku bukannya pakar atau pun alim dalam bab ini, tapi kita boleh kongsi bersama dan untuk mendalaminya harus lah kita rujuk pada ulama-ulama atau pun mereka-mereka yang lebih arif dari kita..ini hanyalah sekadar bacaan biasa disamping kita mengingati diri kita dimana kita sekarang, berada dipermulaan, dipertengahan atau pun sudah di penghujung dunia..so dengan ini aku dapat kongsikan dengan kalian disamping aku mengingati diri aku sendiri..INSYAALLAH yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari aku yang hina ini..ASSALAMUALAIKUM wbr.