Sunday, January 4, 2009

Akhir Zaman (Fitan)

AKHIR ZAMAN (FITAN)

Assalamualaikum wbr....bertemu kita kembali pada kali ini dengan tajuk yang telah aku nyatakan pada coretan yang lepas dimana kali ini aku cuba mencari pembaharuan dengan tajuk yang lebih menarik kepada isu-isu semasa yang berkaitan dengan agama, sosial dan politik yang melanda dunia hari ini. Aku bukan seorang cerdik pandai yang mempunyai ilmu yang menggunung tetapi orang biasa yang cuba mengubah cara hidup yang penuh kealpaan lupa akan nikmat-nikmat yang telah di anugerahkan oleh pencipta (Allah) kepada kita semua. Aku boleh dikatakan seorang yang selalu lalai lupa pada erti kehidupan yang sebenar yang diredhai oleh Allah. Dalam coretan ini dengan harapan yang tinggi agar aku dan saudara-saudaraku yang dikasihi (pembaca-pembaca blog ini) kita sama-sama dapat renungkan kita ini berada didalam golongan yang dirahmati atau sebaliknya. Semua isi kandungan dalam tajuk ini aku ambil dari pengalaman, bahan-bahan bacaan, sumber-sumber yang boleh dipercayai dan dari pendengaranku ceramah-ceramah agama oleh guru-guru mursyik salah sorang darinya iaitu Tuan Guru haji Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang pendakwah yang cukup sederhana dan dihormati di Kelantan.

Saudara-saudaraku sekalian, banyak sumber2 yang menyatakan bahawa kita sekarang berada dalam zaman fitan atau akhir zaman.Terdapat banyak fakta2 yang memang tidak boleh dipertikaikan lagi seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah(s.a.w). Kita semua sering mendengar atau bercakap pasal akhir zaman tapi sedarkah kita bilakah masa tu 100 tahun lagi ke? atau 1000 tahun lagi..Sekiranya kita mendengar ulama-ulama kita memberi khabar sumber2 dari hadis2 nabi maka jelas lah bahawa zaman fitan atau akhir zaman itu adalah zaman yang sedang kita lalui sekarang ini. Saudara2ku kalau kita lihat disekeliling kita hari ini banyak perkara2 yang mengaibkan tetapi dianggap up to date bagi sesetengah golongan yang tak waras. Mari kita lihat sesetengah darinya iaiatu:

Golongan Lelaki

Lelaki sekarang dah canggih,selera dah berubah, kalau ikut teradisi hukum alam yang sebenar allah jadikan lelaki itu untuk kaum wanita (hawa) dan wanita itu untuk menjadi teman bagi kaum lelaki (adam). Tapi itu sudah berubah dan menjadi sebaliknya. Kalau dulu bila nak gambarkan kaum lelaki ni kita akan gambarkan yang berbadan tegap, gagah dan kuat, tapi sekarang alahai dengan lemah lembutnya, sopan berbudi dan tutur kata yang menggoda mengalahkan kaum hawa. Kalau di sentuh soal ini jawapanya bukan kami yang minta tapi dah takdir tuhan nak kami jadi macam ni..Takdir tuhan yang di persalahkan bukan nafsu serta kejahilan mereka yang mereka salahkan. Inilah manusia sekarang manusia akhir zaman di mana mereka tanpa iman dan agama akan kembali ke zaman jahiliah di mana mereka akan bertuhankan kepada nafsu bukan kepada allah. Jadi kita tunggu dan lihat balasan azab yang bakal allah turunkan kepada kita semua. Marilah kita sama2 memohon perlindungan dari allah yang maha esa.