Sunday, January 4, 2009

Akhir Zaman (Fitan)

AKHIR ZAMAN (FITAN)

Assalamualaikum wbr....bertemu kita kembali pada kali ini dengan tajuk yang telah aku nyatakan pada coretan yang lepas dimana kali ini aku cuba mencari pembaharuan dengan tajuk yang lebih menarik kepada isu-isu semasa yang berkaitan dengan agama, sosial dan politik yang melanda dunia hari ini. Aku bukan seorang cerdik pandai yang mempunyai ilmu yang menggunung tetapi orang biasa yang cuba mengubah cara hidup yang penuh kealpaan lupa akan nikmat-nikmat yang telah di anugerahkan oleh pencipta (Allah) kepada kita semua. Aku boleh dikatakan seorang yang selalu lalai lupa pada erti kehidupan yang sebenar yang diredhai oleh Allah. Dalam coretan ini dengan harapan yang tinggi agar aku dan saudara-saudaraku yang dikasihi (pembaca-pembaca blog ini) kita sama-sama dapat renungkan kita ini berada didalam golongan yang dirahmati atau sebaliknya. Semua isi kandungan dalam tajuk ini aku ambil dari pengalaman, bahan-bahan bacaan, sumber-sumber yang boleh dipercayai dan dari pendengaranku ceramah-ceramah agama oleh guru-guru mursyik salah sorang darinya iaitu Tuan Guru haji Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang pendakwah yang cukup sederhana dan dihormati di Kelantan.

Saudara-saudaraku sekalian, banyak sumber2 yang menyatakan bahawa kita sekarang berada dalam zaman fitan atau akhir zaman.Terdapat banyak fakta2 yang memang tidak boleh dipertikaikan lagi seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah(s.a.w). Kita semua sering mendengar atau bercakap pasal akhir zaman tapi sedarkah kita bilakah masa tu 100 tahun lagi ke? atau 1000 tahun lagi..Sekiranya kita mendengar ulama-ulama kita memberi khabar sumber2 dari hadis2 nabi maka jelas lah bahawa zaman fitan atau akhir zaman itu adalah zaman yang sedang kita lalui sekarang ini. Saudara2ku kalau kita lihat disekeliling kita hari ini banyak perkara2 yang mengaibkan tetapi dianggap up to date bagi sesetengah golongan yang tak waras. Mari kita lihat sesetengah darinya iaiatu:

Golongan Lelaki

Lelaki sekarang dah canggih,selera dah berubah, kalau ikut teradisi hukum alam yang sebenar allah jadikan lelaki itu untuk kaum wanita (hawa) dan wanita itu untuk menjadi teman bagi kaum lelaki (adam). Tapi itu sudah berubah dan menjadi sebaliknya. Kalau dulu bila nak gambarkan kaum lelaki ni kita akan gambarkan yang berbadan tegap, gagah dan kuat, tapi sekarang alahai dengan lemah lembutnya, sopan berbudi dan tutur kata yang menggoda mengalahkan kaum hawa. Kalau di sentuh soal ini jawapanya bukan kami yang minta tapi dah takdir tuhan nak kami jadi macam ni..Takdir tuhan yang di persalahkan bukan nafsu serta kejahilan mereka yang mereka salahkan. Inilah manusia sekarang manusia akhir zaman di mana mereka tanpa iman dan agama akan kembali ke zaman jahiliah di mana mereka akan bertuhankan kepada nafsu bukan kepada allah. Jadi kita tunggu dan lihat balasan azab yang bakal allah turunkan kepada kita semua. Marilah kita sama2 memohon perlindungan dari allah yang maha esa.

Aku kena cabul Part II

AKU DI CABUL PART II
Katanya dia sampai sekarang belum pernah tidur dengan mana-mana lelaki, aku cuba menduga apa benar kata-kata dia itu dengan alasan aku tak mempercayai dengan apa yang dia cakapkan, dia berkata “memang lu orang tak percaya punya tetapi saya ada tengok itu orang kongkek tapi dalam VCD saje”. Dalam masa kami tengah rancak berborak tangan dia diletakan atas peha aku “hiss biar betul perempuan ni apahal dia buat macam ni” hati aku berbisik dan aku membiarkan sahaja mungkin dia ni terlalu friendly kot. Lama kelamaan aku rasa dia macam kegelisahan macam ada yang tak kena. Dia cakap aku dia sekarang tinggal sorang diri dirumahnya dan kalau aku tak kisah aku boleh lepak dengan dia lagipun dia punya family tak kisah dia bawa boyfriend balik rumah janji dia bahagia tak kaya tak apa janji lelaki tu baik hati dan boleh jaga dia. Dalam dia tengah dok bercerita tangan dia semakin galak dan berlebih-lebih pula sampai kekawasan larangan, aku cakap “apa ni auntie jangan buat ini macam nanti orang tengok apa macam malu la saya” dia cakap dalam bahasa cina “ koi koi #@%^$%?”:K:(*&%^” aku tak faham apa benda pun dia cakap, dia lagi teruskan dengan lebih aggresif sampai minah yang memandu sebelah aku perasan dan dia hanya tersenyum bila melihat gelagak perempuan tu dengan aku. Muka aku masa tu aduhai dengan tembok LRT sebelah tu aku rasa muka aku lagi tebal sioot... Tangan kanan tutup muka tangan kiri pula pegang stering. tepis tangan dia dan untuk tukar gear..Dia tak peduli apa aku cakap malu orang tengok ke atau pun nanti polis tengok kena tangkap atau saman ke dia cakap mana ada tak mengapa dia tetap nak aku buka zip seluar aku..aku kata jangan auntie jangan dia dengan bahasa cina dia merayu-rayu dengan suara perempuan yang mengada-ngada..Aku rasa orang keliling dah perasan apa yang sedang berlaku dalam teksi aku, jadi aku dah hilang sabar aku cakap aku tak boleh nak hantar dia sampai SS/4 aku kena turunkan dia disini aje dengan alasan aku tak tau jalan dan jalan pada masa tu jalan tengah sesak jadi alasan aku tu kira munasabah le..Masa tu aku dah tak sanggup nak menatap muka dia sebab mood aku dah berubah dari mesra alam tukar ke mood yang dah tak mesra lagi..tapi dalam masa tu tangan dia masih lagi meramas-ramas aku punya anu tu..aku tepis lagi tangan dia tiba-tiba aku dengar dia cakap “hei tengok sini saya punya cantik..saya punya cantik”..aku rasa tak sedap hati bila aku toleh kepada dia “mpergh” rupa-rupanya dia londeh kan bajunya maka kedua-dua buah papayanya yang putih, gebu dan pejal dah berada diluar pagar..barulah ku tahu rupa-rupanya yang sebelah aku tu rupanya perempuan terencat akal(gila)...aku terus ketepi dan dengan segala hormatnya dia aku usir keluar..masa tu aku dah tak terasa berada di jalan hang tuah lagi kerana aku dah tak nampak orang ramai yang ada disekeliling aku.. cuma yang aku nampak masa tu hanyalah ah so gila tu aje..oarang lain semua dah hilang dari pandangan aku..Mungkin terlalu marah bercampur malu yang teramat aku hanya nampak dia seorang saje...lepas dia dah aku halau keluar rupa-rupanya dia berlalu bersama-sama dengan handphone aku sekali..inilah yang dikatakan gila bukan sebarang gila..tetapi ini gila educated sebab dalam gila dia tahu market value, lepas tu bila aku call pandai pula dia off kan aku punya handphone..


Inilah kisah hidup aku sebagai pemandu teksi, ada pahit ada manis..dengan apa yang aku lalui itu kekadang rasa nak tergelak, rasa nak marah, rasa macam bodoh juga aku ni..macam-macam rasa ada..Itulah kita bila hidup dikota yang besar sentiasa lah berhati-hati jangan senang percayakan pada orang yang kita tidak kenali malah orang yang rapat dengan kita pun kadang-kadang ada juga yang kenakan kita..Ini sahaja yang dapat ku kongsikan pengalaman hidup aku untuk kali ini. Mana ada kekurangan tu aku mohon maaf le dan aku akan cuba dengan sebaik yang boleh insyaallah dengan izin dia.
Dalam penggunaan bahasa kadang-kadang aku pakai hantam saje takda tapis-tapis sebab bila kau orang baca blogg aku takda la boring sesangat.


Sedikit lagi sebelum aku mengundurkan diri untuk pengetahuan kau orang semua topik-topik yang bakal aku kongsikan bersama kalian semua dalam penulisan akan datang adalah akan menyentuh tentang perihal-perihal DUNIA AKHIR ZAMAN dimana aku menulis tentang apa yang pernah aku baca dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..aku bukannya pakar atau pun alim dalam bab ini, tapi kita boleh kongsi bersama dan untuk mendalaminya harus lah kita rujuk pada ulama-ulama atau pun mereka-mereka yang lebih arif dari kita..ini hanyalah sekadar bacaan biasa disamping kita mengingati diri kita dimana kita sekarang, berada dipermulaan, dipertengahan atau pun sudah di penghujung dunia..so dengan ini aku dapat kongsikan dengan kalian disamping aku mengingati diri aku sendiri..INSYAALLAH yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari aku yang hina ini..ASSALAMUALAIKUM wbr.

Tuesday, December 30, 2008

kerana masa tak mengizinkan aku akan ceritakan selanjutnya dalam masa yang terdekat jumpa lagi.

AKU KENA CABUL!

Kali ini aku ingin menceritakan tentang perihal kehidupan yang semakin tenat ibarat barah dalam kehidupan, kalau kita renungkan kembali kata-kata alim ulama tentang akhir zaman akan terjadi bermacam-macam peristiwa yang aneh atau ganjil dan tak dapat diterima oleh akal kita yang waras. Kalau dulu kaum perempuan kalaulah kita terpandang betisnya yang gebu alamak mukanya merah seperti udang yang kena salai tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terlebih dahulu aku menyusun sepuluh jari mohon kemaafan sekiranya ada kaum hawa yang membaca blog ini..maksud aku bukan semua kaum hawa macam tu tetapi boleh dikatakan melebihi dari 70% ini pendapat aku jadi yang baik tu buatlah panduan yang buruk kita sama-sama jauhi dan minta perlindungan dari yang maha esa..Kalau dulu nak tengok tempat sulit kaum ni kita kena bersusah payah..maksud aku kita kena tahu masanya kena tahan gigitan serangga seperti nyamuk dan terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam arena ini..maksud aku lubang yang berdiameter lebih kurang 4mm kena kongsi sampai 3 atau 4 orang lebih pada tu tak boleh sebab tak cukup ruang..ok berbalik kepada kisah kaum hawa zaman sekarang ini bukan kutukan sebab akupun ada anak perempuan juga jadi sekadar sebagai peringatan atau untuk menyedarkan mereka mereka ini sebab aku sayang sangat kaum hawa ni. mak kita, adik perempuan kita, nenek kita semua tu bukankah kaum hawa jadi sayangilah mereka itu..kebanyakan kaum hawa zaman sekarang katanya mereka ini golongan moden yang mengikut gaya arus kemodenan maka perasaan malu itu sudah tidak wujud lagi itu dalam keadaan sedar ataupun tidak aku tak tahu la nak cakap..pertama mereka ni lebih gemar mendedahkan tubuh badan mereka yang menggairahkan (itu pada aku kau orang aku tak cakap apa-apa) untuk di nikmati oleh lelaki yang bukan muhrim sampai ada yang berpakaian tapi macam tak pakai apa-apa..lurah belakang lurah depan mphergh! buat jantan-jantan macho meleleh wa cakap lu..ada yang hilang pertimbangan maka berlaku macam-macam peristiwa ada yang geli,sakit,sedap dan yang azab sekali sampai membawa maut..dalam bab ni siapa yang salah? akuuu juga..nasib kita kaum adam..nak kata dia orang tak bermaruah kalau diusik tahu pula malu ataupun marah..habis tu nak buat macamana, lelaki dan wanita ni ibarat lalat dengan ikan masin, ikan masin kalau terdedah macamana? kau orang fikir la sendiri..ini cerita perihal aku dengan wanita alaf baru, peristiwa ini berlaku pada malam krismas beberapa hari yang lepas..macam biasa dalam jam 7pm aku mula mencari mangsa(penumpang) mangsa pertama aku dapat di jalan b.bintang dalam jam 845pm..seorang perempuan cina usia dalam lingkungan 40 menaiki teksi aku katanya mahu ke ss/4 PJ..masa tu traffic biasa le KL memang jam teruk..aku panggil dia dengan panggilan ah so tapi dia suruh aku panggil saja auntie itu tak kisah la apa-apa pun boleh bukan kena bayar pun..dia sungguh mesra, dia tanya aku sudah kahwin ke belum aku cakap ya anak sudah lima..dia cakap "wa ini first time ada lelaki cakap ini macam, selalu aa dia orang cakap masih single ataupun sudah cerai, lu hati banyak baik aa" aku layan je..dia mula ceritakan pasal hidup dia sampai sekarang dia belum kahwin..aku macam tak percaya sebab macamana perempuan macam dia tak pernah kahwin sebab dalam usia macam tu dia boleh dikatakan ada rupa cantik waktu muda mesti lagi cantik..aku tanya dia tak pernah ada boyfriend ke?..dia kata dulu ada masa zaman sekolah tapi bapa dia tak bagi takut dia kena kongkek..hehehehehe!
selepas beberapa hari berlalu hubungan kami semakin erat, dia semakin manja seperti manja seorang adik dengan abangnya..dia memanggilku dengan panggilan abangku ataupun my brother..aku senang sekali denganya walaupun aku mempunyai seorang adik perempuan namun tak pernah aku merasa hubungan seperti ini..setiap kali aku menjemputnya banyak mata-mata yang memandang padanya tapi dia buat bodoh je..sayang anak manja sepertinya yang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ibu namun semua itu tak dapat dimiliki kerana menjadi mangsa keadaan setelah kedua orang tuanya berpisah dan disisih oleh adik beradik tiri yang lain..katanya hidup dia terlalu tertekan sebab itu dia menyisihkan diri dan mencari ketenangan di luar sana bersama kawan-kawan yang memahaminya..macamana agaknya sekiranya ada yang mengambil kesempatan ke atas dirinya..kesiankan tetapi insyaallah dia akan ku jaga seperti keluargaku sendiri..aku rasa dia telah mendapat seseorang untuk dijadikan tempat dia mengadu,bermanja dan berlindung siapa lagi kalau bukan???????????!!!!!!!!!..maaf la jangan jangan cakap bukan-bukan pasal aku, aku tahu kau orang mesti bengang gila dengan aku..tapi sape2 rasa ikhlas nak berkenalan dengan dia sila tampilkan resume la mana yang layak aku akan buat sesi temuduga untuk kau orang ok..Untuk episod yang seterusnya kisah AKU DI CABUL..nak tau rajin-rajin le tengok blog aku ok..PASTI GEMPAK ORI TAK ADA BAHAN PENGAWET ok bye2

Monday, December 22, 2008

Untuk kali ini aku ingin menceritakan perihal seorang gadis yang baru ku kenali beberapa hari yang lalu, berumur dalam likungan 19 tahun berbangsa melayu. Aku merupakan seorang pemandu teksi maka pada beberapa hari yang lepas gadis ini menaiki teksi aku lebih kurang dalam jam 12 malam bertempat dihadapan HKL menuju ke Pan. Pac.kuala lumpur. Orangnya cukup manis bisa membuat jantung jejaka2 yang memandang. Apa yang aku nak ceritakan disini, malam tu merupakan malam giliran dia untuk menjaga mamanya yang lumpuh di HKL. Kami memperkenalkan diri masing2. Setelah itu kami berbual2 tentang isu2 semasa dengan tidak disangka dia menceritakan tentang hidupnya yang tersisih dari keluarga sendiri. Mamanya sudah berpisah dengan bapa kandungnya dan masing2 sudah mempunyai keluarga baru. Masa kedua orang tuanya berpisah dia berumur 9 bulan.

Dia hanya mempunyai seorang abang kandung yang sama bapa. katanya bapa dia tidak mengaku dia dan abangnya sebagai anak, tak tahu pula aku sebabnya. Dalam keluarga yang baru dia mempunyai saudara tiri. Dia senantiasa di sisih mungkin tidak disukai oleh saudara tirinya itu, untuk memendekan cerita maka dia dihalau keluar dari rumah.Maka dia hidup sendirian, pada masa tu dia sudah mula bekerja dan dapatlah dia menyara hidupnya sendiri. Dalam masa itu di terpaksa membuat dua kerja siang sebagai kerani dan malamnya sebagai GRO. Dia berhasrat untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan tidak mahu bekerja sebagai GRO lagi katanya dia sebenarnya malu tetapi kerana keadaan dia terpaksa. Aku cuba meyakininya serta menasihati dia kalau betul dia ingin berubah aku sedia menolong apa yang terdaya dengan penuh ikhlas. Ini mungkin dari apa yang di ceritakannya telah membuat aku rasa marah,sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku keatas dirinya.

Selepas itu lebih kurang tiga kali aku menjemput dan menghantar dia pulang hubungan kami bertambah mesra. Semalam semasa aku menjemput dia pulang dari Bangsar tiba-tiba ada panggilan dari kawanya, aku hanya mendengar perbualan mereka, tiba-tiba aku terdengar dia memberitahu sekarang dia dalam perjalanan pulang ke rumah bersama abang angkatnya. Aku tercengang dia ni biar betul kenapa dia cakap macam tu, ataupun dia saja beri alasan tapi kanapa cakap abang angkat kenapa bukan dengan alasan yang munasabah. Aku diamkan diri saja. Bila sampai di rumah dia ucapkan terimakasih dan selamat malam lalu dia hulurkan tangan dan terus mencium tangan aku. Aku rasa cukup terharu dengan apa yang berlaku dan aku segera berlalu. Begitulah kalau terlalu dahagakan kasih sayang dahagakan, ikatan kekeluargaan oleh itu macamana dengan kita yang di anugerahkan itu semua tapi masih ada yang tak menghargai nikmat yang di anugerahi oleh tuhan. Marilah sama-sama kita renungkan.BERSAMBUNG...?????

Sunday, December 21, 2008

Assalamualaikum, disini aku ingin memperkenalkan diri kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini dengan harapan agar segala pengalaman hidup aku yang telah lepas, sedang berlaku atau yang akan berlaku sekiranya masih terdaya akan aku paparkan di blog ini buat tatapan semua agar yang baik di contohi dan yang buruk di jauhi. Aku kenalkan diri aku dengan panggilan mie sahaja, berpendidikan secondry school dengan kelulusan kata orang2 tua setakat cukup2 makan sahaja. Dibesarkan di tanah kelahiranku iaitu di negeri kelantan didalam keluarga yang sederhana. Dibesarkan oleh ibu saudaraku kerna pada masa itu dia belum menimang cahaya mata, maka dimasa aku berumur 3 hari aku terus di jaganya, 2 tahun selepas itu barulah dia menimang cahaya matanya.

Aku di jaga dengan penuh kasih sayang. Ibu kandungku selalu datang menziarahi aku. Walaupun begitu hubungan kami sentiasa akrab, aku rasa teramat beruntung kerana memiliki 2 orang ibu. Aku ketika disekolah rendah merupakan salah seorang pelajar boleh dikatakan okay la tak teruk sangat tapi banyak berkhayal tetapi kekadang menjadi juga. Kebiasaan kanak2 biasalah suka tengok cerita-cerita kartun. Kekadang sampai terbawak sampai kedalam mimpi, yang paling aku suka sangat sampai tak nak aku lupakan kalau di ceritakan tentu kau orang tak percaya, kalau kau orang nak tahu aku pernah jual kartun yang macamana kau orang pernah tengok kat TV tu. Kartun yang aku katakan itu sebenarnya tak wujud tapi aku rasa seolah2 dia betul2 wujud dan aku telah jual kepada beberapa orang kawan,aku bukan saje2 nak tipu dia orang sebab aku sendiri rasa seolah2 kartun tu ada dan wujud.

Satu aku jual dengan RM2, masa tu di era awal tahun 1977 dah cukup lumayan, dapat la dalam berbelas2 ringgit lumayan juga. Pembayaran dah dibuat tapi kartun tak sampai2, hari2 berlalu dengan bermacam2 alasan, pening kepala dibuatnya mana nak cari kartun2 tu semua. Aku ceritakan kartun2 tu semua hidup di kawasan bukit di tempat tinggal aku. Apa yang aku ceritakan kat dia orang semuanya bukan rekaan untuk aku menipu diorang tetapi melalui apa yang selalu bermain di kepala aku dan merealisasikan apa yang bermain diminda aku. Lama kelamaan aku terpaksa declare bahawasanya itu semua tak wujud jadi aku minta maaf dan duit dia orang tu kira sedekah ajelah hehehehe! aku gelak. Tapi kesemua mangsa-mangsa tu dah jadi orang yang bagus2 cuma aku ni jadi golongan orang kelas rendah itu dimata manusia tapi disisi tuhan harap2 aku mendapat tempat yang bagus.