Sunday, December 21, 2008

Assalamualaikum, disini aku ingin memperkenalkan diri kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini dengan harapan agar segala pengalaman hidup aku yang telah lepas, sedang berlaku atau yang akan berlaku sekiranya masih terdaya akan aku paparkan di blog ini buat tatapan semua agar yang baik di contohi dan yang buruk di jauhi. Aku kenalkan diri aku dengan panggilan mie sahaja, berpendidikan secondry school dengan kelulusan kata orang2 tua setakat cukup2 makan sahaja. Dibesarkan di tanah kelahiranku iaitu di negeri kelantan didalam keluarga yang sederhana. Dibesarkan oleh ibu saudaraku kerna pada masa itu dia belum menimang cahaya mata, maka dimasa aku berumur 3 hari aku terus di jaganya, 2 tahun selepas itu barulah dia menimang cahaya matanya.

Aku di jaga dengan penuh kasih sayang. Ibu kandungku selalu datang menziarahi aku. Walaupun begitu hubungan kami sentiasa akrab, aku rasa teramat beruntung kerana memiliki 2 orang ibu. Aku ketika disekolah rendah merupakan salah seorang pelajar boleh dikatakan okay la tak teruk sangat tapi banyak berkhayal tetapi kekadang menjadi juga. Kebiasaan kanak2 biasalah suka tengok cerita-cerita kartun. Kekadang sampai terbawak sampai kedalam mimpi, yang paling aku suka sangat sampai tak nak aku lupakan kalau di ceritakan tentu kau orang tak percaya, kalau kau orang nak tahu aku pernah jual kartun yang macamana kau orang pernah tengok kat TV tu. Kartun yang aku katakan itu sebenarnya tak wujud tapi aku rasa seolah2 dia betul2 wujud dan aku telah jual kepada beberapa orang kawan,aku bukan saje2 nak tipu dia orang sebab aku sendiri rasa seolah2 kartun tu ada dan wujud.

Satu aku jual dengan RM2, masa tu di era awal tahun 1977 dah cukup lumayan, dapat la dalam berbelas2 ringgit lumayan juga. Pembayaran dah dibuat tapi kartun tak sampai2, hari2 berlalu dengan bermacam2 alasan, pening kepala dibuatnya mana nak cari kartun2 tu semua. Aku ceritakan kartun2 tu semua hidup di kawasan bukit di tempat tinggal aku. Apa yang aku ceritakan kat dia orang semuanya bukan rekaan untuk aku menipu diorang tetapi melalui apa yang selalu bermain di kepala aku dan merealisasikan apa yang bermain diminda aku. Lama kelamaan aku terpaksa declare bahawasanya itu semua tak wujud jadi aku minta maaf dan duit dia orang tu kira sedekah ajelah hehehehe! aku gelak. Tapi kesemua mangsa-mangsa tu dah jadi orang yang bagus2 cuma aku ni jadi golongan orang kelas rendah itu dimata manusia tapi disisi tuhan harap2 aku mendapat tempat yang bagus.

1 comment:

Johancraft said...

bila nak ada sambungan cerita nih? pendeknya cerita..