Monday, December 22, 2008

Untuk kali ini aku ingin menceritakan perihal seorang gadis yang baru ku kenali beberapa hari yang lalu, berumur dalam likungan 19 tahun berbangsa melayu. Aku merupakan seorang pemandu teksi maka pada beberapa hari yang lepas gadis ini menaiki teksi aku lebih kurang dalam jam 12 malam bertempat dihadapan HKL menuju ke Pan. Pac.kuala lumpur. Orangnya cukup manis bisa membuat jantung jejaka2 yang memandang. Apa yang aku nak ceritakan disini, malam tu merupakan malam giliran dia untuk menjaga mamanya yang lumpuh di HKL. Kami memperkenalkan diri masing2. Setelah itu kami berbual2 tentang isu2 semasa dengan tidak disangka dia menceritakan tentang hidupnya yang tersisih dari keluarga sendiri. Mamanya sudah berpisah dengan bapa kandungnya dan masing2 sudah mempunyai keluarga baru. Masa kedua orang tuanya berpisah dia berumur 9 bulan.

Dia hanya mempunyai seorang abang kandung yang sama bapa. katanya bapa dia tidak mengaku dia dan abangnya sebagai anak, tak tahu pula aku sebabnya. Dalam keluarga yang baru dia mempunyai saudara tiri. Dia senantiasa di sisih mungkin tidak disukai oleh saudara tirinya itu, untuk memendekan cerita maka dia dihalau keluar dari rumah.Maka dia hidup sendirian, pada masa tu dia sudah mula bekerja dan dapatlah dia menyara hidupnya sendiri. Dalam masa itu di terpaksa membuat dua kerja siang sebagai kerani dan malamnya sebagai GRO. Dia berhasrat untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan tidak mahu bekerja sebagai GRO lagi katanya dia sebenarnya malu tetapi kerana keadaan dia terpaksa. Aku cuba meyakininya serta menasihati dia kalau betul dia ingin berubah aku sedia menolong apa yang terdaya dengan penuh ikhlas. Ini mungkin dari apa yang di ceritakannya telah membuat aku rasa marah,sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku keatas dirinya.

Selepas itu lebih kurang tiga kali aku menjemput dan menghantar dia pulang hubungan kami bertambah mesra. Semalam semasa aku menjemput dia pulang dari Bangsar tiba-tiba ada panggilan dari kawanya, aku hanya mendengar perbualan mereka, tiba-tiba aku terdengar dia memberitahu sekarang dia dalam perjalanan pulang ke rumah bersama abang angkatnya. Aku tercengang dia ni biar betul kenapa dia cakap macam tu, ataupun dia saja beri alasan tapi kanapa cakap abang angkat kenapa bukan dengan alasan yang munasabah. Aku diamkan diri saja. Bila sampai di rumah dia ucapkan terimakasih dan selamat malam lalu dia hulurkan tangan dan terus mencium tangan aku. Aku rasa cukup terharu dengan apa yang berlaku dan aku segera berlalu. Begitulah kalau terlalu dahagakan kasih sayang dahagakan, ikatan kekeluargaan oleh itu macamana dengan kita yang di anugerahkan itu semua tapi masih ada yang tak menghargai nikmat yang di anugerahi oleh tuhan. Marilah sama-sama kita renungkan.BERSAMBUNG...?????

2 comments:

Johancraft said...

nice story..minah tuh gro kat club mane?

adib said...

club med kot joe. hahahahah.. ada hati gak eh.. malam nie ko join la naik teksi ngan abang mie tu.. jadi co-pilot.. dapat kot jumpa minah tu!